5 Cara Mudah Melembutkan Daging

Posted by Unknown at Sabtu, Ogos 08, 2009
Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan?

cara melembutkan daging black pepper



Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 cara melembutkan daging yang boleh anda cuba;


Cara Pertama:

1. Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.

imej daun nangka

Gambar hiasan daun nangka - wikipedia.org



2. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.


Cara Kedua:

1. Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih.

2. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.

3. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.


Cara Ketiga:

1. Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua.

gambar pinang

Gambar hiasan pinang - GoldenAgro.com



2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.

3. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.


Cara Keempat:

1. Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging.

2. Memula, hiriskan dahulu daging tersebut.

3. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.

4. Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik.

imej daun betik

Gambar hiasan daun betik - wikipedia.org



5. Biarkannya selama 1 jam.

6. Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.


Cara Kelima:

1. Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer.

2. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya.

3. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas.

4. Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk.

5. Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.


Sekarang anda dah tahu 5 petua untuk melembutkan daging, kan? Lepas ini bolehlah anda cuba mana-mana cara di atas. Mudah-mudahan masakan daging anda lebih enak nanti. :)

12 komen on "5 Cara Mudah Melembutkan Daging"

PakciQue on Oktober 21, 2009 5:18 PTG berkata...

Petua meletakkan sudu atau garfu. Bagaimana ya?

oktant on Oktober 22, 2009 1:38 PG berkata...

Boleh tak PakciQue jelaskan sedikit lagi soalan di atas? Saya agak kurang faham di situ. :)

Sebab setahu saya, petua berkaitan meletakkan sudu/garfu tu biasanya kita letakkan saja sudu/garfu pada kuali/periuk ketika sedang masak atau memanaskan lauk-pauk.

Tanpa Nama berkata...

ADA SATU PETUA LAGI CARA UTK MLEMBUT KN DAGING;AMBIL 7 BIJI BERAS LETAK DTELAPAK TANGAN LALU BACA KAN SELAWATX3 DN MASUKKAN LAH PD DAGING YG SDG DMASAK.

oktant on Mac 25, 2012 3:17 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas petua yg dikongsikan.

FARAH berkata...

MASUKAN BEBERAPA KETUL AIS DLM BEKAS BERISI DAGING,
BIARKAN SEKETIKA DAN CUCI,KMUDIAN MASAKLAH DAGING SPRTI BIASA.

oktant on Oktober 11, 2012 6:23 PTG berkata...

@ FARAH: Terima kasih banyak cik puan Farah. :)

Unknown on Disember 26, 2014 4:16 PTG berkata...

Sy tlg jwbkan.. Yg ni.. Biasa kita rebus bt sup ker.. Kita masukkn sebatg sudu/ garfu dlm sup tu.. So biarkan..lma2 dia empuk../ lembut

oktant on Januari 03, 2015 6:44 PTG berkata...

@ siti sobrina: Terima kasih sebab tolong jawabkan. :)

Unknown on Ogos 01, 2016 7:28 PTG berkata...

Rebus daging guna pressure cooker confirm daging empuk

Tanpa Nama berkata...

satu lagi cara mdh utk lembutkn daging dgn memasuk buah kurma kedlm mskkn .

oktant on November 04, 2016 7:42 PTG berkata...

@ ARIF WAHAB: Terima kasih atas perkongsian tuan.

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas petua yang tuan/puan kongsikan.

norsadira on Julai 05, 2017 8:47 PG berkata...

Nak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez