Petua Dapat Anak?

Posted by Unknown at Jumaat, Mei 29, 2009
Anak merupakan anugerah dan rezeki bagi anda yang sudah berumahtangga. Kehadiran cahaya mata pastinya membuatkan kehidupan anda lebih ceria dan bermakna. Lebih-lebih lagi kepada anda yang baru nak dapat anak sulung. Fuhh... gembira tak terkata. Tuhan saje yang tahu, kan?


gambar bayi comel
Gambar hiasan - Flickr



Tapi, tak semua pasangan akan terus dapat anak selepas setahun jagung berkahwin. Ada yang terpaksa menunggu sehingga tiga, lima atau pun lapan tahun. Malah ada yang sampai berbelas tahun kahwin pun, masih belum lagi dikurniakan zuriat.


Itu semua adalah co....ba..an!


Walaubagaimanapun, janganlah anda lekas berputus asa. Jangan sesekali berhenti berusaha dan berikhtiar. Pasti anda akan jumpa jalan penyelesaiannya satu hari nanti.


Ada satu petua yang anda boleh cuba amalkan. Begini caranya;

Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada waktu di antara selepas solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.

Amalkan membacanya selama 41 hari berturut-turut. Kemudian, mohonlah pada Yang Maha Esa agar anda dikurniakan anak atau zuriat yang soleh dan solehah.



Selamat Mencuba!

13 komen on "Petua Dapat Anak?"

denaihati on Mei 29, 2009 8:47 PTG berkata...

1 tip yang mungkin boleh dicuba : semasa bersama alas punggung isteri dengan bantal dan biar 2-3 minit setelah bersama supaya sperma suami boleh masuk terus ke dalam rahim...kadang2 rahim isteri sempit atau pancutan suami kurang kuat...amalkan juga habbatus sauda pagi dan malam...insyallah dengan izin Allah.

oktant on Mei 29, 2009 9:19 PTG berkata...

@ denaihati: Terima kasih atas tip di atas tu. :)

ati on Disember 23, 2009 8:06 PG berkata...

dah kahwin 10 tahun masih belum ada anak..dah berubat x de masalah pun ..ada x tip lain lagi

oktant on Disember 23, 2009 9:31 PG berkata...

Cuba awak amalkan memakan taugeh mentah setiap hari. Di samping itu, makanlah juga rojak nenas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, ati akan nampak hasilnya dlm masa 5 bulan.

Bagi tips dan kaedah lain, ati boleh mendapatkan panduan berkaitan kehamilan di web Senang Hamil ataupun kat web Mudah Hamil.

Harap ianya sikit sebanyak dapat membantu ati dalam usaha mendapatkan anak.

Tanpa Nama berkata...

sya da kawin 2thn1/2..pon msh lum d kurniakan zuriat lg...apa yg patut kami lakukan??

Tanpa Nama berkata...

ambik anak angkat

Tanpa Nama berkata...

cuba amalkan gaya hidup sihat...bersenam...minum fresh milk...dan makan asid forlik ..utk persediaan pregnant...

oktant on Januari 13, 2011 7:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Banyakkan berdoa dan teruskan berusaha. Mungkin ini salah satu ujian dari-Nya.

- Salah satu pilihan yg boleh dipertimbangkan.

- Cadangan yg positif. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

ubat apa untk dapat ank

Tanpa Nama berkata...

kerapkan persetubuhan 1hari 8kali dongg............

oktant on Jun 11, 2012 4:55 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: 8 kali tu rasanya terlalu banyak. Saya bimbang kesihatan awak akan terjejas nanti.

Tanpa Nama berkata...

Sewaktu nak bersama,peluk isteri pandang wajah dia, tenung mata isteri dgn pandangan yang paling sayang paling syahdu, dan lafazkan kata 'Abang sayang sangat kan "nama isteri"'.. kalau dibuat dengan cara yang betul dan paling ikhlas, kadang2 boleh mengalir airmata sayang dari kelopak mata jantan kita tau...
Insya Allah dengan semangat yg dibina sewaktu sesi renungan sayang itu akan membangkitkan semangat dari dalam, benih yang paling subur antara anda berdua juga akan terpancar dengan baik...
Pernah ajar pada kawan yg lewat dapat anak lepas kawin..alhamdulillah dah empat org dapat..pastu minta petua nak break tak mau lagi..hahaha.. yg itu aku tak boleh tolong...terima ajelah rezeki Allah

oktant on Januari 12, 2016 3:03 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian tuan.

Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez