4 Panduan Mudah Mengelakkan Kulit Melecur

Posted by Unknown at Isnin, April 27, 2009
Sebelum ini, saya dah pun memaparkan 3 langkah yang perlu dilakukan andai kulit anda melecur akibat terkena air panas, kan? Sebagai tambahan, saya akan sertakan sekali panduan mudah bagi mengelakkannya daripada berlaku ataupun berulang. Mungkin kebanyakan daripada anda dah arif sebab ianya "common sense". Jadi, saya menulis sekadar untuk mengingatkan sesama kita saja. Sebab, ada kalanya kita sering terlupa walaupun perkara tu nampak mudah.


1. Semasa anda berada di dapur, sentiasalah berhati-hati. Buatlah kerja dengan cermat dan usahlah tergopoh-gapah.


ruangan dapur yang bersih dan teratur mengurangkan risiko kemalangan

Gambar hiasan - reeces.com




2. Jika anda sedang menggunakan peralatan elektrik macam cerek, periuk nasi atau pembakar roti; pastikan berhati-hati terutamanya bila ia masih panas.


3. Selain itu, air atau sebarang minuman yang masih panas hendaklah diletakkan di tempat yang selamat. Elakkan dari meletakkannya di tepi meja atau pun kat sebarang tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.


4. Lagi satu, kalau anda nak pegang tangkai kuali, periuk atau muncung cerek yang masih panas tu, gunakanlah kain atau tuala kering. Lapiklah dengan tuala yang tebal sikit.


Akhir kata, begitulah panduan yang dapat saya sarankan kat anda bagi mengelakkan kulit melecur ketika sedang melakukan kerja-kerja dapur. :)

2 komen on "4 Panduan Mudah Mengelakkan Kulit Melecur"

sufian on April 27, 2009 12:51 PTG berkata...

pasni boleh bagi panduan juga pasal elak kena renjatan elektrik..maklumla sekarang dapur dah ada macam2 pekakas elektrik

oktant on April 27, 2009 1:01 PTG berkata...

@ sufian: haha.. idea yg bagus tu. lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil kat umah. sebab diorang ni masih belum berakal lagi. Kalau kita cakap jangan buat, eh... itulah yang dibuatnya, kan?

akan saya usahakan nanti, InsyaAllah. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez