Petua Awet Muda

Posted by Unknown at Khamis, Disember 25, 2008
Cuba lihat di sekeliling anda. Sama ada di universiti, kawasan perumahan, tempat kerja ataupun di mana-mana saja. Pernah tak anda terserempak dengan individu yang kelihatan muda jelita walaupun usianya dah lebih separuh abad. Awet muda lah katakan.

Bagaimana caranya mereka ni menjaga kulit, rupa paras dan tubuh badan hinggakan kalah muda mudi zaman sekarang? Apakah rahsia mereka agaknyer?

Hasil daripada pemerhatian dan mencungkil serba sikit amalan rutin mereka, sebenarnya tiada apa-apa rahsia besar pun. Sebaliknya, mereka hanya ikut saja petua yang dah diperturunkan oleh orang tua yang dulu-dulu.

Kalau tak percaya, inilah petua tradisional yang menjadi amalan harian kebanyakan daripada mereka;

1. Minum segelas air masak ketika bangun pagi. Jika anda beragama Islam, lebih afdal berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali dulu sebelum minum.

2. Banyakkan memakan ulam-ulaman dan buah-buahan.

3. Jangan meninggalkan solat fardu 5 waktu dalam sehari.

4. Berbuat baik dan ramah-tamah sesama jiran tetangga dan juga terhadap rakan taulan.

5. Jauhi sifat iri hati dan penyakit hasad dengki (phd).

6. Senyum selalu. Jangan terlebih senyum udah ler. Nanti orang pikir lain plak. hehehe...

7. Makan sebelum terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Ah-Ha...mudah jer, kan? Amalan biasa yang sememangnya tiada rahsia antara kita. Cuma, mungkin tak ramai yang mengamalkan petua awet muda kat atas tuh. Sebabnya, sekarang ni dah banyak rawatan moden yang lebih canggih dan memberi kesan dalam waktu yang singkat.
Jangan tersalah pilih udah. Lain plak jadinya nanti.

Kesimpulannya, petua tradisional yang menggunakan bahan semulajadi biasanya lebih berkesan walaupun selalunya mengambil masa yang lama skit untuk menampakkan hasilnya. Tapi bila dah berhasil tuh, biasanya ia akan tahan lama. : )

Selamat Mencuba!

23 komen on "Petua Awet Muda"

Tanpa Nama berkata...

salam...
petua no.1 memang selalu saya amalkan. Ikut kajian memang baik untuk badan manusia minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur.

Unknown on Disember 28, 2008 4:17 PTG berkata...

@ lunaticq: betul tu. saya pun dah lama amalkan petua nie. :)

Unknown on Disember 28, 2008 4:19 PTG berkata...

opps... sorry, typo. bukan lunaticq, tapi lunaticg.

harap maklum. :)

Tanpa Nama berkata...

betul..betul..betul

oktant on Jun 19, 2009 10:46 PG berkata...

@ Tanpa Nama: terima kasih atas sokongan anda. :)

Karkatong on Jun 22, 2009 2:18 PTG berkata...

Ketahuilah satu rahsia yang membolehkan diri segera kelihatan muda. Ini adalah petua awet muda yang paling ampuh sekali. Lawati:

rahsiafirnena.com

Trimas!

Tanpa Nama berkata...

saya pernah di teka umur saya tetapi semua pekerja di kilang saya mengatakan saya berumur di antara 21 - 24 tahun. pada hakikatnya...saya berumur 27 tahun. sampaikan yg muda berumur 22 tahun pun mengorat saya tapi mereka tak pikir saya ni dah tua. yg saya x tinggal...selawat bila basuh muka dan ambil air sembahyang, minum air suam dan ulam pahit2 saya telan ,kurangkan pedas dan jangan tidur siang.tak bagus untuk kulit dan otak.

oktant on September 19, 2009 9:34 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya setuju sangat dgn amalan2 yg awak amalkan tu. Memang itulah yg sebaik2nyer, kan? Sebab tu ada sesetengah org walaupun umurnya dah cecah 50++, tp org lain ingat dia baru 30++. :)

Cuma satu je yg saya "fail" iaitu bab kurangkan pedas. Takde "kick" ar. :p

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu ditanya saya pakai produk apa?Bila saya cakap tak pakai apa2,orang ckp saya tipu.Sebenarnya sy memang x pakai sbb saya guna petua yang senang2 ni je. Lagi satu saya sayang kat duit sbb saya rasa cam semua produk tu sama je.N yang penting sy suka tradisional n tak nak chemical.

Umur saya 31, tp orang akan teka muda lagi.(sbb sy kecik je orangnya kot)
Amalan tu setakat ni semua saya amalkan. InsyaAllah.Yang penting air wudhuk jgn putus. Just kongsikan aje. Petua tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tepek kat muka ni saya amal sejak awal sekolah menengah. (sbb tak suka membazir, cam kulit telur, sblm buang tu sapu kejap kat muka)

oktant on Mei 12, 2010 12:38 PTG berkata...

Saya setuju dgn awak. Petua yang gunakan bahan semulajadi i.e tumbuhan dan buah-buahan memang terbaik. :)

Tanpa Nama berkata...

betul tu, saya pun setuju jgk.. :)

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi, bc Al-Quran jg untuk menguatkan daya ingatan

oktant on Jun 23, 2010 10:53 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh tak awak kongsikan surah tertentu yang baik untuk menguatkan daya ingatan?

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya penah di teka umur sedangkan usia saya sudah 33thn tapi rata2 yang teka mesti kata sekitar 25 tahun atau 26 tahun.w.un tubuh badan saya gemuk.

oktant on Disember 24, 2010 5:58 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Wow, taknak kongsi petua ker?

Tanpa Nama berkata...

petua yg pling mudah ialah dgn mangambil stem cell(sel induk yg berfungsi menghasilkn sel2).tp harge agk mhal,sb teknologi terkini ialah teknologi stem cell yg ubt sgale penyakit.baik utk ksihatan dan kecantikan.ade produk terkini iaitu suplimen pertame dlm dunie(international) yg mengndungi stem cell.bukan 1jnis stem cell tp 2jnis stem cell dr tmbuh2an yg pastinye halal n dpt iktiraf dr kmentrian ksihatan,best quality product of switzerland,dan bnyk lg.pernah kluar kat buletin utama tv3(thn lepas) dan media cetak lain2.harge biase rm470,tp ahli rm398.sebarg petanyaan bleh msg fb sye http://www.facebook.com/profile.php?id=100000243315768
selamat mncube :)

Tanpa Nama berkata...

petua awet muda y paling berkesan ialah makan mentimun 1 btg sehari, jgn minum air setelah makan nasi n ambillah supplement vit C.

Tanpa Nama berkata...

salam ssaya boleh bantu kalian untuk kelihatan berseri, cantik,diminati,daya ingatan, alat kelamin tak berbau,dan banyak lagi.....insyallah hanya untuk yang beragama ISLAM sahaja. telah diamalkan sejak moyang kita lagi bukan setakad petua aje tapi ilmu dalaman juga perlu itulah keistimewaan orang melayu. Bukan ilmu syaitan tapi ayat akhirat. yang berminat boleh juga hubungi saya Email Nros78@yahoo.com.my.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah amalkan petua ini sejak 20 Tahun dan sangat berkesan,sekarang umur dah hampir 51,tetapi ramai orang meneka umur saya dalam lingkungan 40....

oktant on Februari 27, 2012 6:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Terima kasih kepada anda yg kongsi petua mengenai makan mentimun tu yea.

- Alhamdulillah... Wow! Terima kasih kerana sudi kongsi rahsia awet muda tuan/puan.

syasha berkata...

Petua awet muda yg 1 memang pntg..klu kita tak ckup air kat dlm bdan kita,bdn kita akn kering dan x bermaya..dan awet muda paling pntg ada lh senyum(eh,betul ke)

oktant on Mei 03, 2012 4:36 PTG berkata...

@ syasha: Pandai. Betul tu syasha. Mesti syasha ni awet muda gak, kan?

Unknown on Disember 13, 2014 6:33 PTG berkata...

Macam mana pls share

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez