Petua Ramadhan: Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga

Posted by Unknown at Rabu, September 24, 2008
Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Walaupun kita telah hampir sampai ke penghujung Ramadhan, saya masih nak kongsikan satu lagi Petua Ramadhan. Ianya sudah tentu ada kait mengait dengan rasa lapar dan dahaga. :)

Petua Ramadhan yang saya maksudkan ialah;


Petua Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga di Bulan Puasa


Mula-mula, syarat untuk anda mengamalkannya ialah mesti bersahur. Kalau anda tak bersahur, memang saya tak dapat nak tolong. :(

Semasa bersahur, anda boleh mengurangkan rasa lapar dan dahaga di siang hari dengan;

1. Sebelum anda makan nasi, buat dulu 3 gumpalan nasi. Mula-mula, anda baca Surah Al-Ikhlas sekali. Selepas membacanya, makan segumpal nasi yang telah digumpal tadi.

Seterusnya, ulangi dengan membaca Surah Al-Ikhlas dan makan segumpal nasi untuk kali ke-2 dan ke-3.

Sesudah itu, barulah anda makan nasi beserta lauk pauk yang ada seperti biasa.

2. Apabila selesai makan nasi, berselang-selilah berselawat ke atas Nabi S.A.W dan memakan buah kurma pula. Selawat sekali, kemudian makanlah sebiji kurma.

Ulangi langkah 2. ini sebanyak 7 kali.

Untuk pengetahuan anda, petua ini amat sesuai diamalkan oleh individu yang bekerja berat dan banyak menggunakan tenaga di siang hari seperti buruh kasar.

Apa yang lebih penting, petua ini juga merupakan amalan Nabi S.A.W.

Ini kerana, ayat-ayat yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas ini dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin-Nya.

Manakala, jika kita amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari, iblis tidak akan mendekati kita juga dengan izin-Nya.

Akhir kata, mudah-mudahan petua ini dapat amalkan untuk beberapa hari terakhir bulan Ramadhan ni. Maklumlah dekat-dekat nak raya ni, banyak kerja yang perlu anda bereskan, tak gitu?

Selamat Mencuba!


p.s: Saya ada satu paparan istimewa untuk dikongsikan dengan anda sebelum raya ni. Tapi ia tiada kena mengena langsung dengan petua kecantikan, petua kesihatan dan lainnya.

p.p.s: Maka, dengan segala hormatnya saya menjemput anda ke blog "Jom Jimat" saya pada 25/09/2008 untuk menyaksikan sendiri apa yang saya nak sampaikan di sana.

p.p.p.s: Anda boleh catat di mana-mana supaya tidak terlupa. Jumpa di sana!

0 komen on "Petua Ramadhan: Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez