Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat

Posted by Unknown at Ahad, Julai 20, 2008
Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun wanita semuanya mementingkan penampilan diri terutamanya penjagaan muka. Bila kita melihat muka seseorang, pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang terus jatuh cinta pandang pertama, ada yang terus berangan-angan nak buat menantu dan tak kurang juga yang terus membuat tafsiran. Tafsiran tu terpulanglah sama ada positif ataupun sebaliknya.

Mungkin atas sebab itulah kita semua berlumba-lumba inginkan kulit muka yang halus, licin dan yang lebih penting bebas dari jerawat. :D

Mesti semua orang tak nak wajah mereka ditumbuhi jerawat, apatah lagi kalau dipenuhi jerawat! Betul tak?

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai produk di luar sana yang berlumba-lumba mengiklankan produk mereka. Masing-masing mengakui produk mereka adalah yang terbaik.

Tapi anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu. Ada yang serasi dengan produk A, manakala yang lain pula serasi dengan produk Z.

Huh, macamner nak pilih ni! Takkan nak cuba semua yang ada kat pasaran. Bankrap la macamni. Silap haribulan sampai ke angkasa lepas tua pun jerawat tetap tak hilang.

Ouuch! Letih la macamni, ye tak?

Baiklah, saya pun tak nak meletihkan anda lagi. Takut saya pun turut terletih gak!

Petua sejagat kali nak kongsi satu cara hilangkan jerawat.

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.

Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas daripada jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)


Selamat Mencuba!

153 komen on "Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat"

amena berkata...

hai..
nak tanya apa jenis bedak sejuk yang digunakan sebelum tidur?
apa apakah Hazelin Snow satu daripada nya?

oktant on Disember 15, 2009 11:38 PG berkata...

Hai. Saya pakai bedak sejuk biasa aje. Bentuknya bulat. Ada warna putih dan merah.

Mula-mula dulu, saya beli kat Pekan Rabu masa gi Kedah. Tapi kat kedai biasa atau sesetengah pasar malam pun ade.

Krim Hazelin Snow pun boleh. Saya pun ada sedara yang amalkan pakai krim ni. Kulit dia cantik gak. :)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..sye baru berumur 14 thn dan mengalami bnyak jerawat dan parut di wajah saya.sye tlh mengamalkan petua menggunakan bedak sejuk tetapi petua itu tidak menjadi.sehubung dgn itu, sye minta petua-petua lain selain dari penggunaan bedak sejuk.terima kasih

oktant on Disember 16, 2009 11:35 PG berkata...

waalaikumussalam dik. saya rasa pada umur sebegitu memang normal kalo muka awak ditumbuhi jerawat.

tapi, saya syorkan awak teruskan gak pakai bedak sejuk tu. sebab kesannya bukan boleh dilihat dlm jangkamasa singkat. ia memakan masa yg lama. cuma perlukan kesabaran je.

untuk mendapatkan petua lain, awak boleh lihat pada bahagian "Artikel berkaitan penjagaan muka" di bahagian bawah (sila skrol tetikus sampai bawah) blog ni.

kat situ ada disenaraikan petua lain yang berkaitan. pada masa2 akan datang, akan saya tambah petua lain jika ada.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

hai..umur sya skrang 13 thn..
apa jenis mask yang bleh sya guna?
di kdai biasa ada jual tak?

oktant on Disember 16, 2009 12:40 PTG berkata...

Hai...

Memula, awak kena tahu jenis kulit dulu. Sama ada awak berkulit kering, berminyak ataupun normal.

Tapi masa baya-baya awak dulu, saya guna mask buatan sendiri jer.

Caranya;

- Ambil putih telur (1 biji).

- Campurkan dgn sedikit tepung kastard (dulu dlm tin warna oren).

- Kacau putih telur dgn tepung kastard sampai sebati. Pastikan campurannya tak terlalu pekat atau terlalu cair.

- Lepas tu, perahkan sebelah limau nipis dalam campuran tu dan kacau lagi.

- Kemudian, sapukan mask tu kat muka (elakkan drpd kena mata).

- Biarkannya hingga kering (dalam 15 - 25 minit).

- Akhir sekali, bilaslah dengan air suam.

-Amalkan sekali je dalam seminggu.

Kulit muka adik pasti akan tegang nanti. :)


p.s: kalau mask yg ada kat pasaran, saya kurang arif nak syorkan yg mana. sebab penangan mask buatan sendiri tu lebih sesuai dgn kulit saya kot.

Tanpa Nama berkata...

kulit sya jenis yg berminyak dan byk ditumbuhi jerawat berkelompok2..

oktant on Disember 18, 2009 12:25 PG berkata...

Kalau kulit berminyak, awak boleh cuba mask buatan sendiri yg saya nyatakan di atas. Kulit saya pun jenis berminyak gak.

Alhamdulillah, sekarang kulit muka saya dah tak bermasalah lagi. :)

Tanpa Nama berkata...

saya confuse la...umur saya 15 thn...muka saya gelap,berminyak,ada tompok hitam bekas jerawat.....ada jerawat sket2...sye dh try bnyak produk tapi x mnjdi...sesuai x saya gne bedak sejuk????

Tanpa Nama berkata...

kat mydin ad jual bedak sejuk dlm bekas ada ketul wrna ptih....bleh x saya cuba....

oktant on Disember 19, 2009 4:21 PTG berkata...

Boleh. Pakailah bedak sejuk tu setiap malam. Pagi esoknya, awak cucilah muka bersih-bersih dgn air suam.

Awak boleh cuba pakai bedak sejuk yg kat mydin tu.

Tanpa Nama berkata...

as'kum kulit muka sy berjerawat ddi bahagian dahi dan berminyak diatas hidung.bagaimana nak menghilangkannya? pleazzzz.....

Tanpa Nama berkata...

as'kum. kulit muka sy berjerawat di bahagian dahi shj dan berminyak di atas hidung.bagaimana nk menghilangkannya???pleazzz

oktant on Disember 21, 2009 12:53 PTG berkata...

Saya harap awak dapat merujuk semula petua2 yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Pilihlah mana-mana petua yg berkaitan dgn masalah awak dan mudah untuk diamalkan. Lakukan secara konsisten. InsyaAllah anda akan mendapat hasilnya nanti.

Awak oleh rujuk di bahagian bawah blog ini. Iaitu pada Artikel berkaitan Penjagaan Muka.

Harap maklum. :)

Tanpa Nama berkata...

hye... awak da ptua x untk ilangkan jrawat bg rmaja laki cm sya nie???

oktant on Disember 21, 2009 2:09 PTG berkata...

Hai... petua2 jerawat yg saya kongsikan ni kebanyakannya boleh digunapakai oleh remaja @ dewasa lelaki dan perempuan. So awak pun boleh cuba. Takde masalah. :)

Tanpa Nama berkata...

hai....
nk tye...sy ada kesan jerwat kt pipi dan dahi...cmne nk ilangkan kesan jerwat 2 ye...ad petua x??

oktant on Disember 24, 2009 3:50 PTG berkata...

hai. awak boleh rujuk artikel berkaitan penjagaan muka di bahagian bawah blog ini. harap maklum. :)

Tanpa Nama berkata...

a'kum....
saya baru jer berumur 14 thn....
tpi jerawat byk tumbuh di dahi...
but now skrg saya guna clear n clear dah kurang sikit...
but parut jerawat masih ader...
cam mane nk hilangkannyer.....???
saya prnh cuba produk safi...hilangkan parut jerawat dan jerawat...
berkesan lah jugak...
tpi mslhnyer bila dh pki tu ....
ader plak celah....
saya pun ader bintik hitam ...
dkt bahagian hidung saya lah yg paling paling ...
cam maner nk hilangkanyer...?????

emy aziz... berkata...

hi
i nk kongsi sket...td u kate gune hazelin snow?..em muke i mule2 satu jerawat pun xde coz of hazelin snow tu la..muke i ditumbuhi jerawat..sampai skrg anti ngan produk tu... lgi satu hazelin snow bkn bdk sejuk tu krim muke yg xgune :)

oktant on Januari 23, 2010 3:27 PTG berkata...

Hai..

Buat pengetahuan awak, saya tak pernah pakai krim hazelin snow tu. Tapi sedara saya yg pakai. Saya tengok kulit dia okey. Memang dia pakai krim tu aje. Tak pernah tukar2 krim lain.

Aah... memang hazelin snow tu krim. Bukan bedak sejuk. Maaf jikalau penerangan saya di atas kurang jelas dan mengelirukan awak.


p.s: Sebab saya tengok dia pakai krim hazelin snow tu siang dan malam.

Tanpa Nama berkata...

hai sy de masalah muka,muka sy merah2;tok pengetahuan muka sya pon de nanah.lau picik dy jd merah.cmne nop hilangkan

Tanpa Nama berkata...

thank saya akan cuba.harap2 berkesanlah yeee

Tanpa Nama berkata...

ha stu lagi kulit saya neh suka sangat bermyak lau agak lama pakai bedak.macam mana nak kekalkan kesegaran muka kita ek...ada ptua yg bergna tak..
ain 19 tahun......

oktant on Februari 10, 2010 8:37 PTG berkata...

@ ain : Pada pendapat saya lah, awak perlu pilih bedak yang bersesuaian dengan kulit muka.

Untuk mengekalkan kesegaran muka, awak boleh merujuk artikel terdahulu di ruangan bertajuk "Artikel berkaitan Penjagaan Muka".

p.s: Sila skrol tetikus awak hingga sampai ke bahagian bawah blog ini.

InsyaAllah, saya akan menambahnya dari semasa ke semasa ya. :)

Tanpa Nama berkata...

nk tnye sket la????muke sye nie kjap2 tumbuh jerawat...knape ek???sye da pkai mcm2 jnis produk..tpi jerawat masih timbol...adoyai...rimas la....

awk bgi je la muke awk kt sye...
hahaha....

Tanpa Nama berkata...

hye..nak tnye nie..adakah jerawat boleh merebak ke leher...dan ada kah cara mencegahnya sama ngan mengunakan bedak sejuk...

..^_^..

oktant on Februari 23, 2010 9:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Pada pandangan saya, ianya berlaku disebabkan beberapa kemungkinan. Antaranya mungkin emosi awak tak begitu menentu atau kurang memberikan perhatian terhadap penjagaan muka.

Biasanya, jika emosi kita kurang stabil, jerawat memang akan tumbuh lebih kerap.

Kemudian, sekiranya kulit awak sensitif dan sering terdedah dengan persekitaran yang tak menentu, awak perlu lebih kerap mencuci muka dengan air bersih dan lapkannya dengan kain lembut.

Kekadang memang ada individu yang kulit muka diorang alah dengan persekitaran tertentu. Contohnya seperti di dalam kawasan kilang. Jadi, sewaktu berada di dalam kilang, individu tersebut perlu lebih peka dengan keadaan kulit beliau. Kalau rasa tak selesa saja, pergilah cuci muka dengan air bersih. Atau boleh juga lap dengan tisu lembap.

Itulah serba sikit pandangan yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman lalu.


- Kemungkinan juga jerawat boleh tumbuh di bahagian leher. Awak boleh try guna bedak sejuk.

Sebab selama ini pun, saya memang sapu bedak sejuk di seluruh muka hingga ke bahagian leher. Ini kerana nak bagi ianya nampak sekata.

Tanpa Nama berkata...

saya nk tanye amalan yang boleh dllakukan untuk nek kan seri muke,nak cerah kulit.

Tanpa Nama berkata...

hai
sya nak tanye ape yang menyebabkan lingkaran di bawah mata and klau blh sya nak tau macamana nak mengatasinye????????

oktant on Mac 03, 2010 1:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Kalau awak beragama Islam, salah satu caranya ialah dengan mengekalkan air sembahyang. :)

Selain itu, awak boleh juga amalkan memakai bedak sejuk. Sama ada yang dalam bentuk ketul (biasanya bulat) ataupun cecair.

Boleh pakai setiap malam. :)

Waktu siang pula, awak gunakan pelembap muka.

Harap ianya membantu ya.


- Untuk masalah lingkaran bawah mata, saya harap awak dapat rujuk 2 artikel berikut;

1. Petua Kecantikan: Merawat Lingkaran Hitam Bawah Mata

dan

2. Kenapa Ada Lingkaran Hitam Bawah Mata Anda


Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

hai.
saya seorang lelaki berumur 18 thn.
saya mengalami masalah jerawat yang setiap hari tumbuh! boleh tak saya mengunakan hazeline snow (kuning)??

oktant on Mac 11, 2010 5:27 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Hai. :)

Saya cadangkan awak gunakan krim pembersih @ pencuci muka khas untuk lelaki. Contohnya: Biore for Men, Nivea For Men, Garnier for Men dan seumpamanya.

Lepas tu pakailah krim pelembap (moisturizer) selepas mandi di waktu pagi dan malam.

p.s: Kalau nak cuba krim Hazelin Snow pun boleh. Tapi kalau awak rasa tak sesuai dengan kulit, hentikan saja penggunaannya.

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

hai...sye nk cara yg cepat ade x...

Tanpa Nama berkata...

hai....sya Fatini,
saya ni bru umo 12 thn...dahi dan pipi saya selalu tumbuh jerawat jika sya mkn kacang...sya pakai produk 'Fair&lovely'...tp,dahi sya selalu tumbuh,pipi pula jarang-jarang...kulit muka sya pula,berminyak sedikit...bagaimanakah caranya untuk hilang kan jerawat tersebut...?

Unknown on Mac 23, 2010 4:57 PTG berkata...

ermm..
Hazeline Snow disahkan mengandungi lemak babi..
patutla ader yg tokley pakai..
kire kulit dier ley dtect la ke'halal'an produk tersebut dan seterusnya menyelamatkan dia..:)

oktant on Mac 23, 2010 5:12 PTG berkata...

@ choccy_blood : Oh, ye ker. Saya pun tak tahu tentang hal ini. Terima kasih kerana memaklumkannya kat sini.

oktant on Mac 23, 2010 5:22 PTG berkata...

@ Fatini: Rasanya kalau adik makan kacang dalam kuantiti yang biasa, ia bukanlah penyebab utama pertumbuhan jerawat.

Mungkin adik perlu mengutamakan kebersihan muka. Rajin-rajinlah mencuci muka dengan krim pencuci (pagi dan malam) dan air bersih.

Cucilah dengan air bersih selepas balik sekolah, melakukan aktiviti sukan dan sebagainya. Tapi pastikan muka dilap dengan kering menggunakan kain bersih sebelum dan selepas cuci muka.

Untuk petua lain, adik boleh rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah blog ini ya. :)

Tanpa Nama berkata...

siti
antara tlur ayam biasa dgn tlur ayam kg mn lg elok utk buat mask?

Tanpa Nama berkata...

sy still mde....stil sekolah lg.....tp mke sy pnh dgn jerawat sjk sy daja 4 lg.......mcm mne nk hlg kn sme jerawat?produk mana yg sesuai?

oktant on Mac 29, 2010 4:11 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: - Saya selalu pakai telur ayam biasa. Tak pernah guna telur ayam kampung.

Tapi awak usah bimbang, guna telur ayam biasa pun boleh. Cuma awak dinasihatkan amalkan sebulan sekali saja jika buat masker berasaskan putih atau kuning telur. :)

- Agak sukar untuk saya syorkan produk yang sesuai untuk awak. Paling penting pilihlah produk yang sesuai dengan jenis kulit.

Waktu siang, gunakan pembersih @ pencuci muka yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti tea tree oil, timun dll.

Tidak lupa juga, selalulah membasuh muka dengan air bersih kalau terasa keadaan kulit muka tak selesa, berminyak dsb. Terutamanya masa di sekolah, balik sekolah, lepas aktiviti koko dll.

Sebelah malam pula, boleh pakai bedak sejuk.

Harap ia dapat membantu adik. :)

Tanpa Nama berkata...

hye .
hm . na tnye cket .
mcm mne na ilangkn kesn jerawat n muke sy gatal bile x pkai krim jerawat . mcm mne erk ?

oktant on April 01, 2010 12:25 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Hye. :) Awak pakai krim jenis apa ya? Maksud saya ialah berkenaan kandungannya.

Jika boleh, pilihlah krim yang mengandungi bahan semulajadi.

Kalau rasa kulit awak makin teruk, hentikan saja penggunaannya. Pakai saja bedak sejuk setiap malam.

Tanpa Nama berkata...

bgaimana nak hilang jerawat di bahagian antara hidung dan pipi..jrawat sya kemerah2an..

oktant on April 01, 2010 8:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama saja caranya dengan penjagaan muka. :)

Cuba awak rujuk pada "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah.

Boleh cuba mana-mana petua yang mampu dibuat serta mudah mendapatkan bahan-bahannya.

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

hazeline snow mmg tk bagus pun. jgn guna. haaaaaa, dah amalkan benda ni. eheeeeee, jerawat hilang & bintik hitam pun dah tak ada :) kesan jerawat tu normal lah kan? nnti lama-lama dia hilang sndri :)

oktant on April 04, 2010 1:29 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas maklumbalas awak ni ya. :)

Tanpa Nama berkata...

A'kom...
nk tnye cket
cmne nk hlgkn jerawat kt bwh mate erk..??

Tanpa Nama berkata...

nk tnye sket..
muke sy kene gigit dhn nyamuk dan terus jd jerawat...
mcm mane nk hilangkn jerawat 2 sbb ia smakin membesar...
malu la jerawat besar...
rasa merendah diri je skrg ni...
tolongla bg petua bg jerawat ni kecik...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

hi....
camne nk hilangkan parut jerawat ek???

plezzzzz.....

(cara yg paling mudah tanpa menggunakan apa2 produk)

Tanpa Nama berkata...

erm. .nak tanya ney. .klau sye dh pakai bedak sejuk 2 perlu kah sya teruskan pengunaan'duvena uv white facial cleanser'2??. . plez k. .

Tanpa Nama berkata...

xtwu

aina berkata...

cmna pulak nk kurk keguguran rmbut?? dan mau menghitamkn rmbot?? rmbut sy semula jadi perang tapi cmna nk itamkn?

Tanpa Nama berkata...

salam..sye brumur 15 thn....tpi dh mulai tumbuh uban cam org tua...tpi xla ketara sgt...hmmm mcmner cra nk hilangkn uban tuh...pleaz replyy T^T

oktant on Mei 15, 2010 5:05 PTG berkata...

Buat makluman anda; untuk masalah jerawat, saya harap anda dapat rujuk di bahagian 'Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bahagian bawah blog ini ya.

Bagi petua-petua lain seperti keguguran rambut, menghitamkan rambut, uban dll, anda boleh rujuk pada bahagian "Tag Petua". Ini kerana ada kalanya saya tak berkesempatan membalas komen-komen anda.

Lebih-lebih lagi sekiranya masalah tersebut telah dibincangkan di blog ini.

Harap maklum ya. :)

oktant on Mei 15, 2010 5:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Bedak sejuk tu awak pakai waktu malam. Facial cleanser tu awak guna waktu pagi dan malam, kan?

Kalau camtu memang takde masalah. Boleh. :)

p.s: Teruskan saja sekiranya ia tak merosakkan kulit muka awak.

Tanpa Nama berkata...

saye akan cube pe yg dbncngkan ni..

Tanpa Nama berkata...

salam.. nak tanyer...nak ilangkan prut jrwat just gune bdak sjuk jek ke???TQ

Tanpa Nama berkata...

woah!!tensionnyer..seyes..Jerawat ni asyik tumbuh2 je..kadang2 da ilang..tapi tumbuh lg..penat la cmnih..ilang konpident nak truskan idop :(..Muka asyik berminyak..then jerawat..da mcm2 produk guna..tp mcm ni jugak :(

Tanpa Nama berkata...

askum.. sya dh pkai mcm2 produk di pasaran tapi x menjadi jgk... jerawat di muka sya ni mkin lama mkin bnyak sampai kat bawah rahang pown ada... saya x tahu nk guna produk apa.. nk g mana pown rasa malu.. kot ada tip2 yang boleh bgi ka.. tq

oktant on Jun 07, 2010 3:12 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Buat masa nie, cuba awak rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah blog ini.

Kat situ ada tips yang berbeza-beza. Awak boleh cuba yang mana dirasakan mudah dan sesuai.

Dari semasa ke semasa, saya akan cuba tambah petua-petua lain yang berkaitan.

ary berkata...

YE....SETUJU SNGAT2...bedak dejuk mmg berkesan...aku dh cuba...dlam seminggu je muka aku bersih..

oktant on Jun 15, 2010 5:41 PTG berkata...

@ ary: Woww! Tahniah ary sebab muka dah bersih. :)

Tanpa Nama berkata...

salam...umo saya 16 taun..muke saya brjerawat dan kdg2 brmnyak..da mcm2 produk n petua sya amal kan..tp xde hasil pon...kdg2 saya rase tnsion sngt sbb jrawt ade d muke saya...plezzz....help me..

Tanpa Nama berkata...

muka saya berjerawat yg kecil2..jerawat saya ni tumbuh dgn byk d pipi..saya selalu menggunakan limau nipis n tp xder kesan..brapa lama kesan untuk hilang jerawat dan parut klu menggunakan bdak sjuk dan liumau nipis...

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum...muka sya bnyak jerawat dan muka berminyak...sya dah guna mcm2 produk tapy x berkesan pun...bedak sejuk pun saya dah pakai tapy tidak berkesan,malahan naik jerawat bnyak lg ada la...apa produk yg saya perlu pakai lagi,..plzzzzz

Tanpa Nama berkata...

salam. oktant. sy na tgk muke awk bole x ?

Tanpa Nama berkata...

hai sy nk tnye...adkah jerawat akn tmbuh slpas ktew onani...mke sy skrg penuh dgn jerawat..dlu adela jgk tp pas tmbuh muke sy oke blek xdew parut..skrg ble ade jerawat parut akan ade dan jerawat batu semuanye...ble sy onani msti akn tmbuh jerawat..adakah ini ade kaitan dengan hormon...mcm2 cara dh sy bt x ilang jgk jerawat nie..

Tanpa Nama berkata...

salam,,
umo sy 15 taun,,
mke sy mmg bnyak jerawat n parut serta bintik2 hitam..
sy jge mgalami masalah resdong yg teruk,,
macam2 produk dah saya gune,,tmsuk prmata hijrah..tp semuanye x bkesan..
sape boleh bantu saya?

Tanpa Nama berkata...

salam,
bagaimana kalo bedak sejuk itu digantikn dgn bdak johnson?
bole x??

oktant on Ogos 23, 2010 2:47 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumusalam. Saya syorkan bedak sejuk berbanding bedak johnson. Ia memang memakan masa dan nampak macam takde kesan jika dipakai hanya untuk beberapa bulan.

Kalau boleh sentiasa amalkan pakai bedak sejuk setiap malam.

Jikalau anda agak kurang bersabar dgn penggunaan bedak sejuk, sila cuba petua yg menggunakan bahan lain.

Awak boleh rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka".

Harap maklum ya. :)

Tanpa Nama berkata...

sy ade jerawat batu kt idung..tp xnk ilang..dh berbulan2 dh..dye timbul tp tak sakit dan sy tgk jerawat nie mcm xn jadi tp dye timbul dan merah..mencacatkan wajah dan keyakinan diri sy mkin kurang..kenapa ea???..macam mne nak ilangkan nye...

Tanpa Nama berkata...

umur saya 16 thn muka saya sering hitam dan jerawat.bagaimana i nak elakkan jerawat dan mejadikan kulit putih.saya telah mengunakan pelbagai jenis produk ia masih tidak boleh ubah.mahupun kulit muka saya sensitive.

oktant on September 10, 2010 3:50 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Adik boleh cuba petua di sini. Harap membantu ya. :)

ainie berkata...

askum
macam mana nk hilang bintik- bintik hitam kat muka...

oktant on September 22, 2010 4:00 PTG berkata...

@ ainie: Waalaikumussalam. Ainie boleh rujuk di;

1. Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam

dan

2. Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

Harap membantu. :)

Tanpa Nama berkata...

kalau kite gune air panas,lps tu kite gune pencuci muke ok x?
lps tu basuh gune kan air sejuk..

Tanpa Nama berkata...

hai..
saya tina"saya nak ok ke kalau kita sapukan air mani lelaki dekat muka ada ape2 effect tak nanti?

oktant on September 30, 2010 7:54 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Lebih baik awak guna air suam berbanding air panas.

- Hai tina. Awak tak perlulah berbuat demikian. Sbb sy pernah bace yg ia tak memberikan kesan pd muka. Harap maklum.

FATINI berkata...

HAI,
SYE FATINI"UMUR SYE 13 THON....MUKE SYE AD JERAWAT..SYE NK HILANGKN JERAWAT TU..MCM MNE NK HILANGKN....

zie berkata...

salam..saye ade mslh jerawat dekat muka n badan...boleh x bagi petua skit camne nak hilangkan sbb saye da try mcm2 produk....kawan saya ade twarkan produk dr korea BB CREAM..mahal la gak..tp saye x brani nak pakai coz tkut de bhn2 yg x sepatutnya...kwn saye tu kulit die lbih kurng sayelah...die pki produk dr koran tu n skg kulit die da licin...

Unknown on Oktober 09, 2010 3:47 PTG berkata...

@ FATINI: Hai dik. Cuba rujuk ruangan "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bahagian bawah blog ini. Banyak cara yang adik boleh pilih.

Pilih yg mudah utk adik amalkan & serasi dgn diri adik. ;)


@ zie: Utk jerawat di badan, awak boleh cuba gunakan daun bunga raya. Ranaskan daun tu dan campur dgn sedikit air. Kemudian lumurkan pada bahagian badan yg berjerawat.

Utk jerawat di muka, cuba zie rujuk kat bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bahagian bawah blog ini.


Harap membantu awak berdua. :D

Tanpa Nama berkata...

askum.....umur saya 12 tahun.Saya suka main sukan,kadang2 tu ada terjatuh pastu berdarah,tunggu 2 atau 3 hari naiklh kudis...kalau tercabut mesti akn meninggalkan parut...so,saya nk tanya macam mana nk hilangkan parut dan kudis...

oktant on Oktober 14, 2010 1:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumusalam dik. Bila terluka, lekas-lekas bersihkannya. Lepas tu sapukan dengan minyak gamat atau minyak lain yg sesuai.

Dalam blog ni pun ada pelbagai petua mengubati luka, kudis dan parut. Adik cuba cari di bahagian "tag petua" di sebelah kanan blog ini.

Harap adik dapat luangkan masa untuk mencarinya terlebih dahulu ya. :)

Tanpa Nama berkata...

sy ida, bgaimn nk ilangkan parut jrawat erk?
care tradisional laaa..
mklumla yg moden sumer byk kndungan kimia laa..

oktant on Oktober 19, 2010 9:49 PG berkata...

@ ida: Awak boleh guna asam jawa atau lendir lidah buaya.

Kedua-dua bahan ni memang diakui mampu menghilangkan parut pada mana-mana bahagian sama ada muka atau bahagian badan lain.

Selain tu, awak boleh rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah blog ni.

Antara petua yang boleh dirujuk;

1. 2 Cara Asam Jawa Hilangkan Parut

2. Kulit Lebih Lembut, Parut Jerawat Pun Hilang

3. Hilangkan Parut Jerawat Kat Muka Anda

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

sye de mslh apbla mke sye nk bansor pulh .
akn mncl jerawat bru plak ..
dan klit mke sye jdi gtl2 ..
mcm mne nk ilang kan nye erk ?.
tlg sye ..

Tanpa Nama berkata...

salam..sy nak tanye pasal penggunaan bedak sjuk ni
kulit muka sy berjerawat tp skrg jerawat dh hilang, tinggal kesan parut yg agak byk di seluruh muka..
sy gunakan produk sabun pembersih muka, pakai 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tido...
jd, bolehkah sy nak guna bedak sejuk ni lg? utk percepatkan kesan parut jerawat sy ilang?
ke akan berlaku alahan dengan sabun muka yg sy pakai tu?
terima kasih ye...

oktant on November 29, 2010 5:23 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Saya cadangkan cuba awak sapukan minyak gamat sebelum tidur pd jerawat yg baru nak muncul tu.

Lagi satu, kalau rasa gatal; usah diusik@dikotes jerawat tersebut. Sebaliknya, awak cuci muka dengan air bersih jika rasa gatal.


- Waalaikumussalam. Dari pengalaman saya, tiada masalah jika nak pakai bedak sejuk pada waktu malam.

Selepas mencuci muka dgn pembersih muka, lapkan muka awak dgn kain lembut. Kemudian, sapukan bedak sejuk sebelum masuk tidur.

Namun, jika kulit awak alah dgn bedak sejuk, lebih baik awak hentikan penggunaannya ya.

Tanpa Nama berkata...

salam..muke sye mudah sngt nak tumbuh jerawat..
then lepas tumbuh compem tinggl parut itam..so sye rimas la ngn smua niee..plezzz...bg sye petua yg ley hilang kan parut jerawat tuhhh...sye da x thn niee..umo sye 16 taon..

Tanpa Nama berkata...

salam..
betul ke asam keping dan direbus..air nye diminum..kegunaannye untuk mengubati kencing manis dan darah tiggi..sye ingin kepastian..

syirah berkata...

hai umo sy baru 16 tahun ....muke sy ni kering ...dan terdapat tompok2 itam dari kesan jerwat ...dan ade jerawat sedikit2....mcm mane sy nk ilangkan kesan2 tersebut dan mengelakkan kulit kering...sbb muke sy ni kadang2 ade jrawt kadang2 tkde.... plesss

Tanpa Nama berkata...

ermm...

Tanpa Nama berkata...

.............

Eieyla on Februari 27, 2011 8:50 PTG berkata...

Hurm..bncinya dgn wajahku....tlg sy handal....kdg2 sy jerit sorang2 tntg wajah sy....ad hari tu sy nk bnh diri je....bnci2.....sy dh cbe petua ni tp sggh mmbuatkn sy rse rendah diri dn rse nk bnh2 je diri sy ni...hah tlg larh sy handalkn jerawat gile ni..

Madieyhah Huddin
Terengganu
13 Tahun dri skolah SMKA TOK JIRING,TERENGGANU
http://www.missdieyhah.blogspot.com

ila berkata...

hye.. sy ade mslh kulit slalu mengelupas.. sy xley nk pkai bedak.. xksh lar ape jeniz bedak pn.. kulit sy akn jd comot.. & kt celah2 hidung sy slalu jd hitam dan mengelupas juga.. sblm ney sy pnh gunakan cara tradisional dgn mmkai telur putih,tomata,& juga kayu manis tetap x brhasil la.. tlg sy..

Eieyla on Mac 16, 2011 1:04 PG berkata...

*klau sapukan wjh kite dgn bawang putih yg dihncurkn.....brhasil x...n timun...??

oktant on Mac 16, 2011 1:09 PG berkata...

@ Miss Dieyhah: Biasanya utk jerawat batu, boleh gunakan bawang putih.

Timun pun boleh gak. Parut timun tu kemudian tepek/sapu ke seluruh muka sebelum tidur.

Tanpa Nama berkata...

sapa2 pernah guna MAXINE BEAUTE'???? penat saya carik produk ni tapi xjumpe..dulu saye pakai kulit saye bersih tnpa maslah tapi sekarang jerawat tumbuh dan sangant menyakitkan.....

saya try dah bedak sejuk,tp saya tunggu punya tunggu, berbulan2, still jrawat naik..dah ok yang lepas,yang baru pulak tumbuh...saya rasa saya mungkin ada masalah hormon,sebab atuk,makcik,pakcik and ayah saya dulu berjerawat gak....

Tanpa Nama berkata...

saya banyak jerawat di dahi dan pipi.saya pakailah aiken tea oil hilang juga tapi saya rasa ini bukan jerawat tapi cemar peluh.

Tanpa Nama berkata...

Hye semua. Sy ade lg 1 petua utk hilangkan jerawat dan sy penah cuba sndri petua nie dan hasilnya agak memuaskan. Caranya adlh : setiap mlm sebelum tidur, jerang air panas dan isikan ke dlm 1 bekas yg lebar permukaannya, kemudian halakan muka kpd bekas itu. Pastikan jgn terlalu dkt n jgn terlalu jauh. Tutup di bahagian kiri dan kanan muka dengan tuala bg membolehkan wap air itu terus kpd muka. Memang akan rasa sedikit pedih (krn terlalu panas) tetapi boleh alihkan muka sekali sekala luar dr permukaan bekas itu. Biarkan selama 15-20 min bagi membolehkan liang roma terbuka dan kemudian basuh dengan air suam bagi membersihkan liang roma dan terus menutup semula liang roma. Boleh amalkan setiap hari sebelum tidur dalam masa 2 hingga 3 minggu, insyaAllah, jerawat akan hilang dan liang roma kulit akan menjadi lebih kecil. Selamat mencuba :)

Tanpa Nama berkata...

saya nak tahu bagaimana nak hilangkan jerawat dengan cepat dan mudah

Tanpa Nama berkata...

salam oktant,
sy ade baca tips awak berkaitan mengecutkan jerawat menggunakan minyak gamat..so nk tnye,boleh ke minyak gamat tu dipakai selalu,siang n malam?atau mmg kne pakai sebelum tidur je?xde kesan sampingan ke pakai minyak gamat ni?_amirul_

oktant on Jun 30, 2011 6:29 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Terima kasih sudi berkongsi petua hilangkan jerawat. :D

- Awak boleh cari dalam blog ini. Harap dapat luangkan masa utk mencarinya.

Taipkan perkataan berkaitan pada ruang kosong di atas blog ini (bhgn atas sblh kanan) dan klik pada "GO".

- Sebenarnya boleh pakai siang dan malam.

Tapi pada waktu siang, awak mungkin akan keluar rumah utk menjalani rutin harian. Kita pastinya tak selesa keluar rumah dlm keadaan muka yg agak berminyak, kan?

Sebab itulah saya sarankan kita pakai pd waktu malam. ;)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum^_^
umo sye 14 thn..sye nak tnye,
nenek sye ade buat bedak sejuk sendiri yg m'gnakan air beras,pastu dikeringkan shgga m'jadi bedak sejuk.akak rse saye boleh pkai x?muke saye kdg2 tmbuh jerawat..tapi yg byknye bintik2..itu shje,mekasih^_^

oktant on Julai 21, 2011 12:56 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam dik. Boleh pakai. Lagi elok sebab buat sendiri.

Sama ada muka adik tumbuh jerawat atau tak, pakai aje bedak sejuk tu. Jadikan ia amalan harian.

Nanti bila umur adik dah 20-an, kulit akan cantik & Insya-Allah tak bermasalah jika dijaga dgn betul.

Sebab bedak sejuk ni kesannya akan nampak dalam jangkamasa panjang. Masa remaja ni mungkin adik tak rasa sangat.

Bila dah dewasa nnti, barulah adik akan mengecapi hasilnya. :D


P.S: Sy bukan akak sbb sy ni lelaki. ;)

Tanpa Nama berkata...

macam mn nk hilangkan rasa gatal di muka..huhu..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
umo sye 14 tahon..
nak masok 15...
muke saye bnyak jerawat...
mcm mane hilang kan nye ekk.???
saye x pernah gune bedak sejuk....

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
umur sye 11 nk msuk 12 tahun
sye ade jerawat kat atas dahi je
mcm mne nk hilang kan
dan ape gne bdax sejuk untuk hilangkan jerawat yek??

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
sy bumr 20 tahun.
sy ada masalah tntg parut jerawat
pd bhgian muka.
mcm mne nk hlngknnya.
ape cranye yg paling bksn blh mmdhkn dengan cpt mslh yg sy hpi ni....

oktant on Januari 23, 2012 10:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam.

Bedak sejuk boleh haluskan kulit adik.

- Waalaikumussalam.


Secara asasnya, kita perlu menjaga kebersihan muka. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi & sblm tidur) dgn pencuci muka yg bersesuaian.

Kalau lelaki basuhlah muka 4-5 kali sehari. Tetapi basuh dgn pencuci muka 2 kali saja. Selebihnya basuh dgn air bersih saja.

Selepas membasuh muka, jangan lupa lap hingga kering dgn kain yg bersih.


Selepas tu, dlm seminggu sekali, pakailah skrub muka yg bersesuaian sebelum mencuci muka pd waktu pagi.

Pada waktu malam, cuba sapukan minyak gamat ke seluruh muka kalau nak surutkan jerawat yg ada.

Ataupun boleh sapukan muka dgn lendir lidah buaya 3-4 kali seminggu sblm tidur.

Selain tu, lebihkan minum air kosong & paling penting jagalah kebersihan muka & persekitaran sebaik mungkin.


Itu saja yg dapat saya kongsikan di ruangan ini. Kalau sudi, bolehlah selak balik petua-petua berkaitan jerawat yg ada di blog ini.


Gunakan ruang "Arkib Petua" dan kotak carian sebaik mungkin yea. :)

Tanpa Nama berkata...

hai,
mcm mane nak hilangkan jerawat dgn cpt?blh pki bdk sejuk ape ape je ke?klu kulit mengelupas pulak kenape?

oktant on Januari 29, 2012 9:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Hai...

Nak hilangkan jerawat dengan cepat agak mustahil. Melainkan dengan izin-Nya.

Saya harap awak sudi membelek semula petua berkaitan jerawat yg ada dalam blog ini.

Pemakaian bedak sejuk biasanya mengambil masa yg agak lama. Tapi jika diamalkan, kulit kita mmg lebih cantik & halus. Cuma perlukan kesabaran utk menikmati hasilnya. Itu saja. :)

Tanpa Nama berkata...

Aduh cmne nak hilangkan jarawat dlm masa yang singkat?Tolong saya :( Saya agak malu bila berhadapan dgn org ramai :(

Tanpa Nama berkata...

qqqqrrrrrrrrrrrqqqqqqqqqrrrrrrrrrrrqqqqqqqqqqqrrrrrrrrrqqqqqqqqqqqqqrrrrrrrrrrqqqqqqqqqqqrrrrrrr mna tipnya?????
mak tadek

Tanpa Nama berkata...

Umo sya 15 tahun..syabtk tau mslh kulit wajah sya.mula2 sya pkai krim moiturizer ok je,jerawat mulamhlang..tpi bla dh lma sgt pkai,tb2 je jdi byk.cm ne ek nk bat?

oktant on Februari 24, 2012 3:25 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Pertama, ia mungkin disebabkan hormon. Masa remaja mmg begitu.

Tapi kalau kulit muka bertambah teruk, cuba tukar pencuci muka & moisturizer yang adik gunakan.

Tanpa Nama berkata...

Salam..lgi skali sya ign jwapan,untuk remaja sklh,apa kah yg slamat untuk dipakai dia sklh,ye la,sya ni msuk pelbagai aktiviti di sklh,sye bca di majalah,jgn picit jerawat,tpi apabla sya tk pcit,ia pecah sndiri sehingga brdarah dibuatnye....apa cdangnnye..tema ksh..umo sye 15thun...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..saya pulak semenjak mkan VCO (VIRGIN COCOUNUT OIL) jerawat jrang naik,.,parut jerawat yang berlubang pun dh kurg..ad yg tegur muka saya mkin berseri..Alhamdulillah..sgalanya keranaNya..

oktant on Mac 19, 2012 2:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam.

Bagi remaja, adik boleh pakai pelembap muka ke sekolah sekiranya kulit adik jenis kering atau normal.

Sekiranya kulit adik jenis berminyak, boleh pakai toner sebagai alternatif.

Sekiranya aktif dgn aktiviti sekolah, kebersihan muka perlu dititikberatkan.

Contohnya, elak terus basuh muka jika berpeluh. Biarkan ia kering dulu, barulah dibasuh dgn air bersih. Lepas itu, lapkan muka dengan kain lembut yg bersih.

Jerawat memang tak elok dipicit. Terutamanya dengan kuku. Nanti ia akan memberi kesan yg sukar utk dihilangkan.

Lebih teruk, kuku kita sebenarnya penuh dgn kuman. Jadi, cuba ubah tabiat suka picit jerawat dengan kuku jika ada.

Kalau ia pecah sendiri, lapkan saja cecair tu dengan tisu atau kain lembut yg bersih. Kemudian, cucilah muka semula dengan air bersih.

Lagi satu, pastikan keadaan tangan adik sentiasa dalam keadaan bersih tau. :)


- Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan perubahan positif muka awak.

Tanpa Nama berkata...

salam
bagaimana nak hilangkan jerawat?
saya dah pakai bedak sejuk.tak jadi ape pun

oktant on Mac 31, 2012 10:37 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sebenarnya terdapat pelbagai petua. Bezanya sama ada ia serasi atau tidak dgn kulit awak.

Jika awak pakai bedak sejuk, memula memang macam takde kesan langsung. Tapi lepas awak amalkannya beberapa tahun, Insya-Allah barulah awak tahu kebaikan bedak sejuk itu sendiri.

Pun begitu, saya sertakan satu pautan utk beberapa petua jerawat yg ada di blog ini yg terletak dalam label Menghilangkan Jerawat.


Harap ia membantu awak.


p.s: Sebenarnya ada banyak lagi, harap awak sudi membelek-belek semua artikel terdahulu berkaitan jerawat yea. :)

Tanpa Nama berkata...

xtau..

Tanpa Nama berkata...

salam umur saya 16 tahun saya ada jerawat di dekat hidung macam nama cara hilangkan jerawat itu

oktant on Mei 10, 2012 1:00 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Umur seperti adik ni, jerawat mmg mudah tumbuh.

Saya cadangkan, adik lakukan rutin penjagaan muka seperti yg dicadangkan. Iaitu cuci muka dgn pencuci muka yg seseuai 2 kali sehari.

Elakkan daripada memegang atau menyentuh kulit muka dgn tangan yg kotor. Kalau kulit muka rasa tak selesa, cuci dengan air bersih. Kemudian, lap dengan kain lembut yg bersih.

Pemakanan pun perlu dijaga. Banyakkan minum air masak. Kurangkan pengambilan makanan laut. Lebihkan sayur dan buah-buahan.

Waktu malam pula, cuba pakai masker ataupun bedak sejuk.

Tanpa Nama berkata...

salam,sya nak share ckit,bole?
kalo ada antara kita yang pye habit tukar produk pencuci muka,sya nasihatkan stop doing that.
nanti tkot kulit muka korg akan bertambah teruk sbb chemical subs antara produk dulu n yang baru akan react.,-kulit jdk sensitif coz terhakis.
so seeloknya berenti dulu seminggu dua,n baru guna yang baru,ok geng?
sebaik-baiknya untuk umat Islam,air wuduk tu jgn dilap n di biar kering sendiri,byk manfaat air wuduk ni sebenarnya,
disamping tu,mcm komen2 sebelum ni,kena byk selawat n minum air ksg.,
teringat kat nasihat ustazah mse skola dulu,
x perlu nak buang duit beli pencuci ni,pencuci tu,gune air wuduk je da lawa da,
tambah berseri-seri lagi,:)

Miss Anna Beauty on Mei 31, 2012 7:58 PTG berkata...

kepada sesiapa yg masih tercari2 produk terbaik untuk merawat jerawat,[arut jerawat,jeragat,wajah kusam,kulit berminyak dan lain2..blh la pm me 013-2939718 @ view more n testimoni www.missanabeauty.blogspot.com...TQ

oktant on Jun 01, 2012 5:15 PTG berkata...

@ cendol Pucino: Waalaikumussalam wbt.

Tentu sekali boleh. Terima kasih di atas perkongsian saudari. :)

fadhilah_ali berkata...

adoiii jerwat mslah 6ber 1 saya
ada kesan plak tuuu...
cmna cara mudah nak hilangkannya?????

Mandy on Jun 24, 2012 12:52 PTG berkata...

Hi, umur saya sekrg 22 thun dan bru shja mengalami mslha jerawat dlm 19thn yang skrg ni mula menjadi serius. Pada zman persekolahn dan 18 thn ke bwh, saya tdk pernh mengalami mslh jerawat ni tp skrg ni da makin mnjd pla. Ada nasiht tak? Knpa yer tetba je kdaan jd mcm ni? Thanks.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..saya berumur 14 tahun..saya rase malu dengan muke yang banyak jerawat ini,,saya telah cuba menggunakan bedak sejuk dan air suam,,ade tak petua lain??

oktant on Julai 13, 2012 11:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt dik.

Biasanya penggunaan bedak sejuk akan mengambil masa yg lama utk melihat kesannya. Pun begitu, kulit adik pasti lebih halus jika amalkannya secara berterusan.

Selain menjaga kebersihan muka, adik mesti jaga pemakanan dan juga kebersihan persekitaran. Hal ini amatlah penting.

Ahha, berkenaan petua lain....

Cuba adik sapu seluruh muka dengan minyak gamat. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

Selamat mencuba ya dik. Moga berjaya hilangkan jerawat tu.

Tanpa Nama berkata...

selain daripade ini??

jojoo berkata...

Hai nma sy joo..skrg sy brumur 22thn..blum kawin lg..muka sy teruk lah sis...dlu muka sy xada jrwat msa umur 21..tp skrg suda 22 thn bru ada tumbuh jerawat d dahi terutamanya..dan berminyak d bhgian dahi juga n hidung skali...smua pncuci muka yg sy pakai xberkesan lgsung...huhuh...skrg ninsy xtahu nak guna kan mna lg pcuci muka...hrap sis boleh bg kan tips yg ok tuk muka sy yg jenis brmnyak ni n jrwat n jrwat batu...skrg ni sy try dulu tip yg pki tlur n tpung kstd tu...heee...

oktant on Julai 29, 2012 8:15 PTG berkata...

@ jojo: Secara jujurnya, jika mengenai masalah muka, ada 2 benda yg menjadi teman baik saya. Iaitu minyak gamat dan lidah buaya.

Kalau boleh, setiap malam sapukan minyak gamat ke seluruh muka sebelum tidur. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Jika tiada, jojo boleh gunakan lidah buaya. Potong sikit daripada keseluruhan lidah buaya dan buang duri di bahagian tepi.
Kemudian hiris kulitnya, untuk mendapat jumlah lendir yang lebih banyak.
Sapukan lendir tersebut ke seluruh muka jojo.


Untuk amalan setiap bulan pula, jojo boleh pakai tepung kastard dengan putih telur tu.


p.s: Untuk petua putih telur dan tepung kastard, tu jojo amalkan sebulan sekali saja ya. Bukannya seminggu sekali seperti yang dinyatakan di atas.

p.p.s: Sebab saya dapat tahu bahawa jika kita gunakan putih telur/kuning telur, pastikan tidak lakukannya terlalu kerap bagi menjaga kesihatan kulit yang lebih optimum.

p.p.p.s: Dulu saya pun memang amalkan seminggu sekali. Tapi selepas mengetahui cara penggunaannya yang betul, saya dah jarakkan penggunaannya. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

askom...umr sy 13 thn.Sy ada masalah jerawat dan berminyak di hidung sy.Mcm mana nk hilangkannya masalah ni?

oktant on Oktober 19, 2012 3:36 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Boleh saya tahu jenis jerawat adik?

Tanpa Nama berkata...

jerawat biasa yang selalu tumbuh di muka remaja.blh ke kita guna ubat gigi untuk menghilangkan jerawat?

Tanpa Nama berkata...

Blh ke Garnier MEN TurboLight Oil Control berkesan kpd remaja.Blh ke ia menghilangkan jerawat?

oktant on Oktober 20, 2012 3:32 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau jerawat biasa, gunakan pencuci muka bersesuaian. Cuci muka 2 kali sehari.

Selepas itu, pakai boleh toner. Jika ingin keluar rumah, boleh sunblock.

Selain itu, boleh pakai minyak gamat setiap malam. Jadi daripada ubat gigi, saya cadangkan adik sapu jerawat dengan minyak gamat.

Mengenai jenama pencuci muka, ia bergantung kepada kulit adik. Cuba pakai dalam 2-3 bulan dulu. Kalau serasi, teruskan.

Sebab kulit kita memang perlukan masa untuk serasi dan bertindakbalas dengan produk yang dipakai. Kekadang, jerawat akan keluar dengan banyak selepas beberapa hari menggunakannya.

Tapi lepas keluar dengan banyaknya, ia akan mulai berkurangan dan seterusnya tidak tumbuh lagi. Itu tandanya kulit adik serasi.


Sebaliknya kalau dah pakai sebulan, tapi jerawat masih banyak keluar, berkemungkinan besar kulit adik tak serasi dengan pencuci tersebut.


Sebagai panduan, adik pilihlah pencuci muka yang ada kandungan asid salicylic, asid glycolic dan asid lactic.

Tanpa Nama berkata...

kalu sy menggunakan Susu kambing,blh ke ia menghilangkan jerawat sy?

Tanpa Nama berkata...

kulit sy menjadi gelupas.Tmpt gelupas itu ialah tmpt jerawat...macam mana sy nk menghilangkan gelupas ini?

oktant on Oktober 21, 2012 8:57 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Susu kambing memang baik untuk kulit. Jika ia sesuai dengan awak, boleh gunakan produk yang mengandungi susu kambing.


- Proses pengelupasan memang normal. Tapi, pastikan tahap pengelupasan yang berlaku tidak begitu teruk.

Kulit yang mengelupas bertujuan agar jerawat kering. Masa ini elakkan daripada kerap membasuh atau gunakan pelembab. Ia hanya akan melambatkan proses penyembuhan jerawat awak.

Biarkan saja keadaan tersebut. Ia akan hilang dengan sendirinya lagi beberapa hari. Jadi, awak tak perlu risau.

Sebaliknya, kalau tahap pengelupasan terlalu teruk, itu yang perlu dirisaukan. Mungkin awak boleh dapatkan krim vitamin A daripada doktor.

Sebab krim vitamin A ini hanya boleh didapati melalui doktor.

Tanpa Nama berkata...

apakah jenama produk yg menghilangkan jerawat dan jeragat,yg diperbuat drpd susu kambing?

Tanpa Nama berkata...

hai

Tanpa Nama berkata...

Hai. saya berumur 14tahun. macam mana nak hilangkan jerawat yang dekat pipi? :(

Unknown on Mei 10, 2013 7:37 PTG berkata...

assalamuailaikum saya nk tnya mcm mna nak hilang kan bintik2 putih dkat atas hidung


Tanpa Nama berkata...

salam.... saya nk tanya bagaimana nk hilgkn jerawat kt bwh bibir? lgipon saya bru umur 12 thn

Tanpa Nama berkata...

hai. . . Nama sy ina. . Umur sy gnap 12 thun pda bln 2 lpas. . Sy ada mslh ktiak. . . Sy mmakai nivea whitening yg jnis roll on lah. . . Soal sy cm na nk hlngkn bulu ktiak tnpa ada ksan clr pun kt bwh ktiak 2. . . Thanks. . .

My lovely blog on Disember 23, 2013 6:59 PTG berkata...

Assalamualaikum . Saya nak tanya boleh ke saya memakai sabun beras ? Saya berumur 14 tahun . Saya pakai sebab saya saya rasa muka saya dah nak tumbuh jerawat dekat tepi hidung . Kakak saya kata bukan jerawat tapi cemar peluh . Kalau cemar peluh macam mana nak atasinya ???

Unknown on Mac 07, 2014 4:02 PTG berkata...

semua inginkan kulit cantik gebu dan mulus kan...singgah di sini :)

Nadhirah berkata...

Asslm.. . Kalo gune telur puteh saje tnpa limaus nipis bagai xpe ke? Sy dh cuba memg bekesan. Fresh btol asenye.

Tanpa Nama berkata...

Blh k guna telur biasa?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez