Hilangkan Karat Gigi

Posted by Unknown at Khamis, Jun 26, 2008
Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Gigi merupakan salah satu aset yang paling berharga bagi semua orang. Tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita. Walau sekacak atau secantik manapun wajah anda, tapi jika rambut gigi berkarat...tak guna jugak! Betul tak?

Cuba anda bayangkan seorang wanita cantik berada di depan mata. Potongan badannya pun boleh tahan. Anda pun senyum kepadanya. Lalu senyuman anda tu dibalasnya dengan menampakkan giginya yang "ala-ala" tersusun tapi berkarat.

Apa perasaan anda??

Kalau anda tanya saya, memanglah daripada minat terus jadi tak berminat langsung!

Sebab apa?

Sebab menjaga kebersihan gigi tu kan penting dan ia juga ada hubung kait dengan saraf yang terdapat di seluruh tubuh badan kita. :D

Atas sebab itulah saya nak kongsikan petua hilangkan karat gigi hari ni.

Masalah karat gigi ni biasanya dialami oleh individu yang kuat merokok. Betul tak?

Ini kerana candu yang melekat pada gigi tu.

Usah risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan pinang.

Cara-caranya:

1. Ambil sebiji pinang tua dan keringkannya.

2. Apabila pinang tu dah kering, pinang itu kemudiannya dikacip halus.

3. Bakar isi pinang yang telah dikacip halus tu sehingga hangus.

4. Akhir sekali, gunakan isi pinang itu untuk menggosok gigi anda yang berkarat tu.

5. Ulang proses 1 hingga 4 setiap hari sampai gigi anda menjadi putih semula.


Sekian, terima kasih.


Selamat Mencuba!

15 komen on "Hilangkan Karat Gigi"

Tanpa Nama berkata...

bleh ke guna petua ni , tp tq sbab gi petua ni

oktant on Jun 04, 2009 5:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

InsyaAllah boleh digunapakai jika mahu. Ini cuma salah satu drpd banyak2 petua yg ada & telah menjadi amalan sesetengah org terdahulu.

Kalau ada sesiapa yg ingin berkongsi petua lain, silakan...

Tanpa Nama berkata...

haha...x sempat sy nak pki petua niee...buah pinang sy dah abs dkejakan oleh nnek sy mkn sirih.......sedihnyer....sob3...
wawawawwawaa..............

anem berkata...

ade x care lain...cm susah je ptue ni....

Tanpa Nama berkata...

Salam..
kalau guna arang boleh jugak ke?

Tanpa Nama berkata...

salam. sy hndk tny , body basikal bmx sy nie berkarat laa, cmne ekk na ilangkn ? xkn pkai buah pinang jgk ?

-pertolongan anda amat dihargai-
tq

aqilah.nizam on Ogos 01, 2010 4:25 PG berkata...

ape jenis karat dlm gigi pon bole eyh?

Tanpa Nama berkata...

body basikal bmx berkarat boleh try guna air coke...air coke bleh guna cuci brg berkarat,kilatkan cermin n byk lg...ianya langsung x baik utk kesihatan...nasib baik saya mmg x suka minum air berkarbonat,cuma guna utk tujuan yg tlh saya nyatakan tadi...selamat mencuba

Tanpa Nama berkata...

tp kira drma wit kt owg amerika jgk la tu..bli ayaq coke..

Tanpa Nama berkata...

Selain pinang. Petua ap LG boleh digunakan? Harap balas

Tanpa Nama berkata...

Selain pinang. Petua ap LG boleh digunakan? Harap balas

oktant on Mac 09, 2012 7:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba awak gunakan buah strawberi. Cuba petua ini ~ Cara Memutihkan Gigi dengan Strawberi.

Harap ia membantu. =)

Tanpa Nama berkata...

gigi anak sya karat kat sebatang gigi sj tk kan dia mkn syabu diaa bru berumur 11 tahun

Tanpa Nama berkata...

dikacip halus tu macam mane....????

oktant on September 28, 2013 10:39 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Biasanya kalau orang makan daun sirih akan letakkan sedikit pinang.

Jadi, mereka potong pinang dengan sejenis alat yang dipanggil kacip.

Sebab itulah saya gunakan perkataan dikacip.

Harap ia membantu ya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez