Selamat Datang ke Petua Sejagat

Posted by Unknown at Sabtu, April 05, 2008
Petua Sejagat

Salam Sejahtera dan Selamat Datang diucapkan kepada anda semua. Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana berjaya menemui blog "Petua Sejagat". Apakah "petua" anda sehinggakan berjaya menemui "Petua Sejagat" ni? Yeah, hanya anda saja yang tahu;p

Untuk edisi pengenalan ini, saya cuma mahu berkongsi tentang apa yang bakal anda temui dan peroleh di blog "petua sejagat" ni.

Seperti yang anda tahu, telah wujud pelbagai blog atau web yang berkisar tentang "petua" ni, ye tak?
Kenapa pula saya nak juga buat blog pasal petua ni? 


Petua sejagat pulak tu. He...he...


Baiklah, jawapannya mudah saja. Antaranya:

1. Memeriahkan lagi dunia blogging di Malaysia terutamanya tentang "petua".
2. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Lain orang lain caranya;p
3. Mempelbagaikan pencari maklumat tentang "petua".
4. Supaya tak lupa apa yang telah diperhati, ditanya, diamalkan dan dibaca.


Apa yang boleh anda harapkan di sini?

Jika nak disenaraikan satu persatu, mungkin agak panjang. 7 hari 7 malam tak habis whoo. Jadi sebagai "teaser" untuk anda saya sentuh sikit jelah yea.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petua Tradisional, Petua Kesihatan, Petua Pelajar, Petua Penjagaan Diri dan Anggota Tubuh Badan, Petua Tenaga dan Kekuatan dan macam-macam lagilah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cuma saya harap, anda akan terus memberi sokongan tanpa jemu.

Petua, panduan atau tip akan ditulis seringkas yang boleh dan mudah difahami. Ok tak?

Akhir kata, sukacita saya ingatkan bahawa tiada sebarang jaminan atau gerenti yang diberikan kepada anda yang mencuba segala petua yang bakal diberikan.

Ini kerana, tidak semua "petua" yang dikongsikan pernah saya "test".

Contoh:

Kalau "petua suami isteri", confirm saya tak pernah "test".

Sebab apa pulak?
Sebab saya masih bujang lagi la. He...he..he;p

Tapi kenapa saya nak kongsikan juga?

Sebab saya dapatinya hasil daripada pembacaan dan perkongsian dari orang tua-tua,veteran yang memang dah banyak pengalaman.

Rugi tu kalau tak ambik peluang ni.

Lagi satu, setiap cara atau kaedah memberi kesan berbeza untuk setiap individu. Mungkin saya serasi dengan cara tu tetapi anda pula sebaliknya.

Tapi, usah risau sangatlah, saya akan memaksimumkan penggunaan bahan-bahan semulajadi. InsyaAllah ia takkan memberi mudharat pada kita. Kalau anda ambil (guna) secara berlebihan ("overdose"), itu diluar kawalan saya. Saya sama sekali tidak akan bertanggungjawab.

Atau bahasa standard zaman sekarang, "lu pikir sendiri la" a.k.a "sendiri mau ingat la".

Ahaah! Saya harap kita dapat bertemu lagi pada post akan datang. Jika terkasar bahasa atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf yea.

Sekian, wassalam.

Petua Sejagat

0 komen on "Selamat Datang ke Petua Sejagat"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez